Sunday, April 13, 2008

Ternakan kambing dan rusa saudara Azmi Padang Temusu...







Assalamualaikum semua...




Hari ini saya menceritakan berkenaan dengan kawan saya yang menternak kambing di Padang Temusu, Kedah. Alhamdulillah, saya tengok dia berjaya jugak sebab beliau dapat menunai fardhu haji dengan hasil dari ternakan kambing beliau.


Seronok saya tengok kambing2 beliau yang sihat.


Di samping itu jugak yang paling best sekali adalah ternakan rusa2 beliau yang mana saya tengok begitu manja sekali dengan beliau. Penternakan rusa adalah satu yang kita boleh ambil berat jugak sebab pendapatannya jugak agak lumayan. Sekilo harganya boleh jadi RM30 ke atas.


Makanannya jugak lebih kurang macam kambing dan lembu sahaja, iaitu rumput, daun dan dedak atau hampas soya.


Di sini saya akan masukkan beberapa keping gambar ternakan beliau untuk tatapan para peminat blog saya.


Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana terpaksa pindahkan blog saya dari myternak.wordpress.com kepada myternak.blogspot.com kerana terdapat sedikit masalah berkenaan dengan wordpress.


Di harap para peminat sekelian boleh laaa masuk dalam chatting tuu untuk berchatting berkenaan dengan penternakan ni, InsyaAllah.